Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Naik Lagi | Sabah News

Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Naik Lagi | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian baharu naik 8 kes berbanding semalam membawa kepada keseluruhan 158 KES hari ini.

Jumlah daerah yang mencatakan kes dua angka kekal pada empat (4) daerah.

Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 42 kes (+14), Sandakan 24 kes (+6), Papar 15 (+8) dan Penampang 13 (-2).

Sebanyak 18 daerah mencatat kes satu angka di mana 14 daripada daerah tersebut merekodkan kes baharu kurang daripada lima (5) kes manakala tidak ada kes baharu di lima (5) daerah.

Dalam pada itu, satu kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom. Ini bermakna hanya tinggal satu kluster sahaja lagi yang masih aktif di Sabah.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagaimanapun berkata, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu pada kadar hampir 65 peratus hari ini.

“Ini bermakna di beberapa daerah, risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat-tempat awam yang sesak dengan orang ramai…

“Masyarakat diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan yang sesak,” katanya dalam rumusan harian kes.

Lima (5) pesakit baharu berada dalam Kategori 3, tiga (3) lagi dalam Kategori 4 dan seorang (1) dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 42 (28)
Sandakan – 24 (18)
Papar – 15 (7)
Penampang – 13 (15)
Beaufort – 7 (25)
Ranau – 6 (5)
Tenom – 6 (5)
Tuaran – 6 (6)
Tawau – 5 (6)
Kuala Penyu – 4 (5)
Telupid – 4 (7)
Lahad Datu – 4 (2)
Kota Belud – 4 (1)
Tambunan – 3 (2)
Kota Marudu – 3 (2)
Kudat – 3 (0)
Semporna – 2 (0)
Kunak – 2 (0)
Keningau – 2 (3)
Kinabatangan – 1 (1)
Nabawan – 1 (1)
Sipitang – 1 (1)
Beluran – 0 (1)
Pitas – 0 (2)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)
Putatan – 0 (6)