HAJIJI MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MOU PROJEK SKRIN IKLAN LED | Sabah News

HAJIJI MENYAKSIKAN MAJLIS MENANDATANGANI MOU PROJEK SKRIN IKLAN LED | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Projek LED Advertising Screen diantara Yayasan Bumiputera Sabah Tenaga Sdn Bhd (YBS-TENAGA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah International Convention Centre (SICC), semalam.

YBS TENAGA merupakan anak syarikat Yayasan Bumiputera Sabah (YBS).

Lima PBT yang terlibat ialah Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Perbandaran Tawau.

Menandatangani MOU bagi pihak YBS TENAGA ialah Pengerusi Kumpulan YBS,
Senator Datuk John Ambrose dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) YBS, Encik Asno Amat Muda, manakala PBT diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran masing-masing.

Projek LED Advertising Screen merupakan projek berasaskan pengiklanan digital…

Ianya melibatkan kerjasama YBS TENAGA dan usahawan Bumiputera iaitu Yunus Property Consultant Sdn.Bhd dan rakan-rakan kerjasama lain.

Hajiji turut menyerahkan sumbangan YBS kepada tujuh badan amal iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Putatan, Rumah Anak Yatim Tambunan, Rumah Anak Yatim dan Miskin Tuaran, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad Ranau, Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan OKU Leshan, Pusat Anak Yatim dan Fakir Miskin Al Ain Keningau dan Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.

Sementara itu, YBS Tenaga Sdn Bhd turut menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bersama Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan OCK Berhad.