‘Anjing’ Dikenakan Saman RM229 Selepas Pandu Kereta Terlalu Laju | Sabah News

‘Anjing’ Dikenakan Saman RM229 Selepas Pandu Kereta Terlalu Laju | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

JERMAN – Seorang pemilik kereta di sini terkejut menerima notis saman berjumlah RM229 (€50) menerusi pos beserta gambar anjingnya memandu kereta dilampirkan pada notis tersebut.

Menurut sumber, kamera perangkap laju sempat merakam foto tersebut selang tiga saat selepas anjing lelaki berkenaan melompat ke ribanya di kerusi pemandu sekali gus menghasilkan foto mengejutkan itu seolah-olah anjingnya yang sedang memandu kereta terbabit.

Foto tersebut dikongsi oleh Don Kylian, anak saudara lelaki tersebut, di akaun Twitternya dan ia tular serta-merta.

Menurut Kylian, anjing pakciknya biasanya duduk di kerusi penumpang dan dipasangkan tali pinggang keledar khas. Namun pada hari kejadian pakciknya terlupa memasang tali pinggang kaledar berkenaan.

Semasa dia memandu, anjing itu melompat di riba untuk memeluknya tetapi hanya selama kira-kira tiga saat.

Selepas berlaku perkara itu, Kylian segera memberitahu bapa saudaranya untuk membayar denda tersebut.