MDA Batal Kelulusan Bersyarat Dua Kit Ujian Kendiri COVID-19 | Sabah News

MDA Batal Kelulusan Bersyarat Dua Kit Ujian Kendiri COVID-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri COVID-19.

Dua kita ujian kendiri COVID-19 tersebut adalah Innovac Technology Sdn. Bhd. dan Conan Medical Technology Berhad

Perkara tersebut dimaklumkan MDA menerusi satu kenyataan di Facebook.

pembatalan dibuat kerana establismen tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan MDA dan berkuat kuasa serta-merta. 

“MDA menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya.

Innovac Technology Sdn. Bhd. dengan kit ujian kendirinya iaitu COVID-19 (SARS-CoV-2) Antigen Kit (Colloidal Gold)-Saliva serta pengilang Anhui Deepblue Medical Technology Co. Ltd. P.R China, manakala Conan Medical Technology Berhad dengan kit ujian Wiz Biotech SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Nasal Swab) iaitu pengilang Xiamen Wiz Biotech Co. Ltd. P.R China