Lidah Kanak-Kanak Tersangkut Botol Minuman | Sabah News

Lidah Kanak-Kanak Tersangkut Botol Minuman | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Anggota pasukan berjaya melepaskan lidah mangsa dari mulut botol minuman tersebut menggunakan peralatan khas. – Foto Ihsan Bomba…

RANAU, SABAH – Seorang kanak-kanak enam tahun hari ini belajar untuk “menjaga lidah” apabila ianya tersangkut pada sebuah botol minuman.

Pasukan Bomba terpaksa dipanggil ke Hospital Ranau bagi membantu kanak-kanak lelaki itu pada jam 2.50 petang semalam.

“Anggota pasukan berjaya melepaskan lidah mangsa dari mulut botol minuman tersebut menggunakan peralatan khas,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah…

Katanya operasi kemudian ditamatkan pada jam 3.40 petang.