Lelaki Maut Direnjat Elektrik | Sabah News

Lelaki Maut Direnjat Elektrik | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. – Foto Ihsan Bomba…

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik di Kampung Numbak, Jalan Yayasan Tebagu, sini tadi.

Mangsa 37 tahun itu dikatakan terdedah kepada kabel elektrik bervoltan tinggi pada kawasan yang berlumpur.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 pagi…

Katanya, pihak SESB tiba di lokasi kejadian untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas mengambil mayat mangsa.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan (KKM) dna seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan membuat pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 9.02,” katanya.