Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik Kepada Tiga Angka | Sabah News

Kes Harian COVID-19 Sabah Kembali Naik Kepada Tiga Angka | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat kepada tiga angka hari ini dengan 150 KES iaitu pertambahan 85 kes berbanding jumlah semalam.

Jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan kes baharu bertambah kepada 17 daerah berbanding 8 daerah yang mencatat kes baharu yang lebih rendah.

Jumlah daerah yang mencatat kes dua angka juga bertambah daripada satu (1) daerah kelmarin kepada empat (4) daerah hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya empat (4) daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini berbanding sepuluh (10) daerah semalam.

“Beberapa daerah merekodkan pertambahan kes-kes baharu yang agak tinggi antaranya, Beaufort +25 kes, Sandakan +14 kes, Kota Kinabalu +12 kes dan Penampang +9 kes…

“Hanya empat (4) daerah tidak mencatat sebarang kes baharu hari ini berbanding sepuluh (10) daerah semalam,” katanya dalam rumuan harian kes.

Namun begitu terdapat hanya satu (1) kes dalam Kategori 3 dan masing-masing dua (2) kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (12 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 28 (16)
Beaufort – 25 (0)
Sandakan – 18 (4)
Penampang – 15 (6)
Telupid – 7 (0)
Papar – 7 (9)
Tawau – 6 (1)
Tuaran – 6 (8)
Putatan – 6 (0)
Kuala Penyu – 5 (2)
Ranau – 5 (0)
Tenom – 5 (2)
Keningau – 3 (0)
Tambunan – 2 (2)
Lahad Datu – 2 (1)
Kota Marudu – 2 (0)
Pitas – 2 (3)
Beluran – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (0)
Nabawan – 1 (0)
Sipitang – 1 (1)
Tongod – 1 (0)
Kota Belud – 1 (3)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (1)
Kalabakan – 0 (1)
Kudat – 0 (4)