Seorang Guru Agama Maut Ditembak | Sabah News

Seorang Guru Agama Maut Ditembak | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan..

PATTANI, THAILAND – Seorang guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Pattani, selatan Thailand, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12:30 tengah malam waktu tempatan itu, lelaki berusia 52 tahun itu adalah guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

Ketua Polis Daerah Nong Chik, Pol Kol Komkrit Srisong yang dipetik Bernama berkata, polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian tidak jauh dari rumah mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Komkrit berkata, polis mempercepatkan siasatan berhubung motif kejadian dan giat menjejaki suspek.