Axia Terbalik Langgar Dua Sapi | Sabah News

Axia Terbalik Langgar Dua Sapi | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Keadaan kereta Perodua Axia mangsa yang terbalik kerana melanggar dua ekor sapi Jalan Pamalan, Lebaga Getah Keningau pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba…

KENINGAU, SABAH – Dua ekor sapi yang dibiarkan bekeliaran mati dilanggar kenderaan Perodua Axia yang terbalik dalam kemalangan 5.30 pagi tadi di Jalan Pamalan, Lebaga Getah Keningau sini.

Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit, Joseph Matimbang, 37, selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sapi yang mati di tempat kejadian akibat dilanggar kereta mangsa. – Foto Ihsan Bomba…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa telah bertindak keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan.

“Tindakan pasukan Bomba membuka kepala bateri kereta seterusnya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 6.22 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.