Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Kategori Pertama Akibat Ribut Tropika Megi Di Perairan Sabah | Sabah News

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Kategori Pertama Akibat Ribut Tropika Megi Di Perairan Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu berkuat kuasa sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga pukul 9 pagi tadi, ribut tropika Megi berada di kedudukan 11 darjah Utara dan 124 darjah Selatan kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigao City, Filipina serta 950 km ke Timur Laut, Sandakan, Sabah.

“Ribut tropika ini hampir pegun dan kelajuan angin maksimum adalah 65 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah,” kata MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia lagi, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan mengikuti maklumat berkenaan status terkini ribut tropika Megi yang akan dikemas kini setiap tiga jam.

“Maklumat ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi myCuaca.

“Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya.