ADUN Tandek Sertai Aktiviti Bergotong-Royong Di Kg. Salimandut | Sabah News

ADUN Tandek Sertai Aktiviti Bergotong-Royong Di Kg. Salimandut | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA MARUDU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding turun padang menyertai aktiviti bergotong-royong yang diadakan di Kampung Salimandut, Kota Marudu, hari ini.

Hendrus bersama lebih kurang 30 orang penduduk kampung membina rumah Jaikon Mamoi, 45, yang musnah akibat angin ribut dan hujan lebat, baru-baru ini…

Hendrus telah menyumbangkan perkakasan membina rumah seperti zink, kepingan papan lapis (plywood), kayu beruti juga perbelanjaan makan minum semasa gotong-royong berjalan.

“Diharapkan Encik Jaikon dan keluarga akan lebih selesa dengan rumah baharu ini,” kata Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan.

Dalam pada itu, Jaikon, penerima E-Kasih berterima kasih kepada semua yang terlibat membina rumahnya.

Turut hadir ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Majawab Masantun; Ketua Daerah, OKK Elui Majingkin; Pegawai Kemajuan Masyarakat, Joseh Vung Nyuk Chin; kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN)serta Ketua-ketua kampung.