Sebelas Mangsa Banjir Dipindahkan Termasuk Warga Emas Sakit | Sabah News

Sebelas Mangsa Banjir Dipindahkan Termasuk Warga Emas Sakit | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA BELUD: Sebelas orang mangsa banjir di Kg Lentigi sini selamat dipindahkan Bomba pagi tadi ekoran hujan lebat semalam yang mengundang air banjir melebihi paras lutut.

Enam orang mangsa lelaki dan lima perempuan termasuk kanak-kanak itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta bantuan daripada pasukan penyelamat sebelum terlewat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

“Kesemua mangsa dipindahkan ke rumah saudara mara menggunakan bot aluminium,” katanya sambil menambah operasi tamat pada 10.30 pagi…

Selang 20 minit kemudian, di Kg Lingkodon, seorang warga emas yang jatuh sakit sejak semalam dihantar ke hospital.

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, PPgB Muhammad Syazwan Latun, kesihatan mangsa dikatakan mula merosot pagi tadi.

“Namun jalan ke rumah beliau telah dinaiki air dan memerlukan bantuan segera. 

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Belud dan operasi ditamatkan pada pukul 11 pagi,” katanya ketika dihubungi.