Rusia Dakwa Ukraine Menuduh Tentera Moscow Laku Pembunuhan Orang Awam | Sabah News

Rusia Dakwa Ukraine Menuduh Tentera Moscow Laku Pembunuhan Orang Awam | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Keadaan jalan salah satu bandar di Ukraine akibat konflik pencerobohan Rusia di negara tersebut. – AFP…

MOSCOW, RUSIA – Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Mejar Jeneral Igor Konashenkov mendakwa Ukraine sedang menyediakan provokasi untuk menuduh Rusia atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai penduduk awam di bandar Irpen, wilayah Kiev.

Jelas beliau, perkara tersebut didedahkan berdasarkan data yang disahkan oleh Rusia baru-baru ini.

“Saya menarik perhatian anda kepada fakta bahawa unit Angkatan Tentera Rusia meninggalkan penempatan ini (Irpen) lebih seminggu yang lalu”, kata Konashenkov seperti dilaporkan media TEMPATAN Rusia

Pihak Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) merancang untuk membawa mayat penduduk yang terkorban akibat tembakan Ukraine ke Irpen manakala SBU juga menganjurkan satu lagi insiden di hutan Pushcha-Voditsa yang melibatkan kemusnahan sebuah kumpulan peninjau Rusia, tambahnya.

“Pegawai SBU bercadang untuk membawa mayat penduduk tempatan yang terkorban akibat tembakan meriam Ukraine dari bilik mayat ke ruang bawah tanah salah satu bangunan di pinggir timur Irpen,” ujarnya.

Beliau menyatakan bahawa mayat-mayat askar Rusia yang ditangkap yang sebelum ini dibunuh oleh kumpulan nasionalis Ukraine diletakkan di dalam hutan sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

Konashenkov menambah bahawa provokasi di Irpen telah dilakukan dengan tujuan untuk mengedarkan bahan video palsu melalui media Barat.

Pada 24 Februari lalu, Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine selepas Republik Donetsk dan Lugansk di Ukraine merayu meminta bantuan dalam mempertahankan wilayah-wilayah tersebut daripada provokasi Ukraine.