Remaja Lelaki Bunuh Ibu Teman Wanita Kerana Cinta Dihalang | Sabah News

Remaja Lelaki Bunuh Ibu Teman Wanita Kerana Cinta Dihalang | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar sekadar hiasan…

BANGKOK, THAILAND Seorang remaja lelaki sanggup membunuh ibu teman wanitanya di sebuah bilik di daerah Bang Phli sini.

Menurut laporan Bangkok Post, remaja perempuan berusia 14 tahun itu menggesa teman lelakinya yang berusia 16 tahun supaya membunuh ibunya yang dikatakan menghalang cinta mereka.

Susulan daripada perkara itu, polis segera menahan DUA (2) orang remaja berkenaan yang berdepan tuduhan bersekongkol dengan menikam ibu perempuan itu hingga mati.

Dilaporkan juga bahawa eman lelakinya juga didakwa menikam abang remaja perempuan itu beberapa kali apabila cuba menghalang tindakan berkenaan.

Kejadian itu berlaku di tingkat atas sebuah rumah pada malam Khamis, menurut polis yang dipetik akhbar itu.

Polis yang berkejar ke lokasi mendapati Kitti, 23, cedera dan mendapati terdapat kecederaan di leher, badan, bahu dan muka akibat tikaman dengan pisau.

Dia kemudiannya segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Juga ditemukan cedera ialah lelaki berusia 16 tahun berlumuran darah.

Manakala seorang wanita berusia 53 tahun ditemukan di hadapan bilik mandi telah meninggal dunia.

Dia mengalami tujuh tikaman di bahagian leher, muka dan belakang kepala, menurut polis.

Anak wanita itu yang berusia 14 tahan juga terdapat di dalam bilik itu.

Menurut remaja lelaki itu, kekasihnya  menyuruh dia bersembunyi di dapur dan memberinya pisau.

Dia kemudian memberi isyarat supaya menyerang ibunya, lalu dia pun menikam wanita berkenaan.

Menurut polis, lelaki remaja itu mengakui telah membunuh wanita itu kerana menghalang cinta mereka.