Presiden Rusia Didakwa Bawa ‘Beg Bimbit Nuklear’ | Sabah News

Presiden Rusia Didakwa Bawa ‘Beg Bimbit Nuklear’ | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pengawal tentera Presiden Rusia Vladimir Putin didakwa membawa ‘beg bimbit nuklear’ Rusia…

MOSCOW, RUSIA – Presiden Vladimir Putin dilaporkan menghadiri upacara pengebumian di Moscow sambil dikelilingi oleh pengawal tentera yang didakwa membawa ‘beg bimbit nuklear’ Rusia.

Putin tiba di Katedral Christ the Savior di Moscow untuk memberi penghormatan kepada ahli politik tempatan, Vladimir Zhirinovsky.

Zhirinovsky dipercayai jatuh sakit akibat dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital. Dia telah menerima lapan suntikan vaksin Covid-19.

Kehadiran pegawai tentera yang membawa peralatan pelancar peluru berpandu strategik Kremlin dianggap sebagai petanda menyeramkan bahawa Putin serius untuk menggunakan senjata nuklear, lapor The Sun

Gambar-gambar itu muncul tujuh minggu selepas Putin meminta pasukan senjata nuklearnya supaya siap siaga selepas menyelar pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atas apa yang didakwanya melakukan sekatan yang ‘agresif’.

Kebimbangan mengenai perang nuklear menyelubungi konflik Ukraine selepas jentera perang Putin dilumpuhkan oleh tentera Kiev.

Ia mencetuskan kebimbangan bahawa Rusia akan menggunakan nuklear untuk memecahkan kebuntuan.