PETRONAS Sahkan Seorang Kakitangannya Ditahan Oleh SPRM | Sabah News

PETRONAS Sahkan Seorang Kakitangannya Ditahan Oleh SPRM | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar sekadar hiasan…

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) semalam mengesahkan salah seorang kakitangan eksekutif peringkat rendah kumpulan itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam rasuah.

Dalam satu kenyataannya yang dipetik Bernama, syarikat minyak dan gas negara itu turut menegaskan bahawa ia komited untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut dan menentang keras sebarang bentuk salah laku melibatkan kakitangannya.

“Petronas telah bekerjasama erat dengan SPRM sejak 2012 dan akan meneruskan usaha itu bagi membendung rasuah dalam kumpulan ini…

“Malah, kumpulan ini mengamalkan toleransi sifar terhadap gejala rasuah dan akan terus memanfaatkan mekanisme dalaman bagi membendung salah laku terbabit,” katanya.

Menurut Petronas, Kod Tatalaku dan Etika Perniagaa kumpulan itu jelas melarang sebarang permintaan tidak wajar, rasuah dan salah laku melibatkan kakitangan, pengarah dan pihak ketiga yang menjalankan kerja atau perkhidmatan untuk serta bagi pihak syarikat-syarikat dalam kumpulan tersebut.