Lima Rumah Musnah Ekoran Tanah Runtuh | Sabah News

Lima Rumah Musnah Ekoran Tanah Runtuh | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Salah seorang penduduk bersama pasukan penyelamat meninjau keadaan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut – Foto Ihsan Bomba…

KOTA KINABALU, SABAH – Lima buah rumah di Blok 1 Skim Penempatan Telipok sini ranap selepas berlakunya tanah runtuh ekoran hujan lebat semalam.

Pihak Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6 pagi tadi.

“Pemilik rumah dinasihati untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke tempat selamat kerana pegerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan…

Bomba meninjau keadaan tanah runtuh. – Foto Ihsan Bomba…

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya lagi, pihak Jabatan Kerja Raya setakat jam 10 pagi tadi masih gagal dihubungi.