Larutan Kimia Pada Kit Ujian Antigen COVID-19 (ATK) Boleh Menyebabkan Mata Buta | Sabah News

Larutan Kimia Pada Kit Ujian Antigen COVID-19 (ATK) Boleh Menyebabkan Mata Buta | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Kit ujian Covid-19…

BANGKOK, THAILAND – Dakwaan bahawa larutan kimia pada kit ujian antigen Covid-19 (ATK) boleh menyebabkan mata manusia menjadi buta disahkan benar.

Ini berikutan isu tersebut telah tular di media sosial dan telah disahkan benar oleh pusat Antiberita Palsu Thailand.

Jabatan Sains Perubatan memaklumkan, larutan natrium azida sebenarnya digunakan untuk mengesan asid ribonukleik (RNA) Covid-19.

“Namun, jika disalahgunakan, cecair itu boleh menyebabkan mata menjadi buta dan kulit gatal.

“Larutan itu juga boleh membawa maut jika diminum bergantung kepada jumlah isipadunya…

“Jika terkena kulit atau mata, jabatan itu mencadangkan agar individu berkenaan segera mencucinya menggunakan air bersih dan bertemu doktor jika kerengsaan berterusan.

Pusat Antiberita Palsu Thailand sebelum ini pernah menerima dakwaan tidak berasas di media sosial mengenai Covid-19 dan prosedur ujian standard.

Bulan lalu, pusat itu menafikan laporan yang dibuat di media sosial bahawa calitan hidung yang dalam boleh merosakkan saraf bau manusia dan menjadikannya tidak berguna.

Jabatan Perkhidmatan Perubatan menyatakan, walaupun calitan jauh ke dalam  hidung sebenarnya boleh menyentuh saraf deria hidung,  ia tidak merosakkannya.

Tiada bukti menunjukkan bahawa ujian calitan tersebut boleh menyebabkan manusia kehilangan deria bau.