Lelaki Rentung Dalam Bilik | Sabah News

Lelaki Rentung Dalam Bilik | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





TAWAU, SABAH – Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam bilik sebuah rumah teres di Jalan Utara, Taman King Fook sini kira-kira 11.20 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan bilik berkenaan yang berukuran 10×15 kaki terbakar 100 peratus.

“Kebakaran telah padam sebelum jentera tiba di lokasi. Pasukan Bomba bertindak membuka pintu utama dan membuat pengudaraan.

“Hasil daripada pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa lelaki ditemui dalam bilik berkenaan rentung dalam kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber menyatakan identiti mangsa sebagai Yogeswaran A/L Supiah berusia 35 tahun.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” tambahnya.