Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Menurun | Sabah News

Jumlah Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Menurun | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu menurun 66 kes berbanding semalam, menjadikan jumlah kes hari ini sebanyak 106 KES sahaja.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah ini merupakan antara angka yang terendah sejak beberapa bulan.

“Keadaan di Sabah secara keseluruhan semakin bertambah baik…

“Hari ini cuma 3 daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu 24 (-33), Penampang 19 (+7) dan Papar 10 (tidak berubah).

“Selain Penampang, hanya dua daerah lain iaitu Putatan 6 (+3) dan Kinabatangan 3 (+1) merekodkan pertambahan kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 17 daerah lagi mencatat kes jangkitan baharu satu angka dimana 7 daripada daerah tersebut masing-masing merekodkan satu kes sahaja.

Tujuh (7) lagi daerah tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Hanya terdapat seorang pesakit sahaja dalam Kategori 5 hari ini dan yang lain-lain dalam Kategori 1 atau 2 yang tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 24 (57)
Penampang – 19 (12)
Papar – 10 (10)
Tuaran – 8 (8)
Sandakan – 7 (12)
Beaufort – 6 (6)
Putatan – 6 (3)
Sipitang – 5 (5)
Tenom – 4 (7)
Kinabatangan – 3 (2)
Kudat – 3 (6)
Lahad Datu – 2 (5)
Pitas – 2 (2)
Semporna – 1 (2)
Beluran – 1 (1)
Ranau – 1 (2)
Kota Marudu – 1 (3)
Tawau – 1 (4)
Kalabakan – 1 (1)
Kota Belud – 1 (2)
Tambunan – 0 (5)
Kuala Penyu – 0 (5)
Telupid – 0 (4)
Kunak – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Keningau – 0 (4)
Tongod – 0 (0)