Tiga termasuk bayi cedera parah | Sabah News

Tiga termasuk bayi cedera parah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan. – Foto Ihsan Bomba…

TAWAU, SABAH – Tiga individu termasuk seorang bayi 10 bulan cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 32, Jalan Tawau-Semporna sini.

Kejadian 1.30 petang tadi melibatkan kenderaan Toyota Avanza, Lori Nissan UD dan Isuzu Dmax.

Walaubagaimanapun, hanya mangsa dalam Toyota Avanza tersebut mengalami kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mengesahkan identiti mereka sebagai Muhammad Syafie, 21, yang mengalami patah kaki.

“Dua lagi mangsa, Juliati Bake, 39, dan bayi Muhammad Syahmi Jafaruddin, cedera parah di bahagian kepala…

“Manakala tiga orang mangsa di Isuzu Dmax dan seorang dalam Lori Nissan UD tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dilokasi.

Menurutnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tawau sebelum ketibaan pasukan Bomba dilokasi.

“Tiada operasi menyelamat yang dilakukan hanya mengambil maklumat dilokasi kejadian.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 2.35 petang,” katanya.