India Lapor Kes Pertama COVID-19 Varian Omicron XE | Sabah News

India Lapor Kes Pertama COVID-19 Varian Omicron XE | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





NEW DELHI, INDIA – Media tempatan India pada Rabu baru-baru ini melaporkan kes pertama COVID-19 varian Omicron XE berlaku di ibu kota kewangannya, Mumbai.

Varian baharu itu dipercayai lebih mudah merebak berbanding varian Omicron yang pertama kali dikesan di Britain dan kini menjadi varian dominan di negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berhubung perkara tesebut menyatakan varian berkenaan dikatakan kira-kira 10 peratus (10%) lebih mudah merebak berbanding subvarian BA.2 Omicron.

Sehingga kini, sub-varian BA.2 Omicron dianggap sebagai strain COVID-19 yang paling tinggi menjangkiti, menurut laporan media itu.