Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan Di Sabah, Sarawak Dan Labuan Pagi Ini | Sabah News

Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan Di Sabah, Sarawak Dan Labuan Pagi Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini.

“Di Sabah, antara kawasan yang terjejas ialah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat…

“Sementara, di negeri Sarawak, ia melibatkan kawasan di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Tambahnya, keadaan cuaca buruk itu juga melibatkan seluruh kawasan di Labuan.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.