Segerakan RUU Anti Lompat Parti | Sabah News

Segerakan RUU Anti Lompat Parti | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

SHAH ALAM, SELANGOR – Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibahas dan diluluskan dengan segera sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata,  RUU tersebut penting kerana ianya memberi jaminan kepada demokrasi negara serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi.

“Kita percaya pada peringkat awal penggubalan Akta Anti Lompat Parti ini berkemungkinan mempunyai kelompongan…

“Namun ia tidak patut dijadikan alasan untuk tidak menyegerakan pembentangan dan perbahasan mengenai akta ini.

“Penambahbaikan boleh dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada Isnin ini telah ditangguhkan dan akan dibuat kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun menjelaskan sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan nanti.