Rakyat Diseru Terus Jaga Kesihatan Diri Dan Planet – PM | Sabah News

Rakyat Diseru Terus Jaga Kesihatan Diri Dan Planet – PM | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ucapan Hari Kesihatan Sedunia 2022 Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi Facebooknya…

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut pada Khamis, Ismail Sabri berkata, diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.

“Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih…

“Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022,” kata beliau melalui Facebooknya pada Khamis.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Hari Kesihatan Sedunia 2022 bertemakan ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’.