KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN MENTERI MAFI | Sabah News

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN MENTERI MAFI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Menteri, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Datuk Seri Ronald Kiandee semasa kunjungan itu…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan rombongan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Rombongan Ronald terdiri daripada Timbalan Menteri, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohd Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas, Encik Mohd Khairuzamri M. Salleh dan Chief Commercial Business Agrobank, Encik Azman Md Isa.

Ketua Menteri, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Timbalannya, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh…
Ketua Menteri, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan rombongan…

Ronald memberi taklimat kepada Hajiji mengenai tumpuan Kerajaan Pusat dan kementeriannya terhadap aspek keselamatan makanan negara (food security), serta usaha berterusan yang dijalankan bagi mengukuhkan sekuriti makanan negara.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong.