KBSS Sedia Berkolaborasi Dengan KWSP Bantu Atlet Carum Untuk Simpanan Masa Depan | Sabah News

KBSS Sedia Berkolaborasi Dengan KWSP Bantu Atlet Carum Untuk Simpanan Masa Depan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ellron (empat dari kiri) menerima cenderahati daripada Sabarudin dalam kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Muis, Kota Kinabalu…

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sedia berkolaborasi dengan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) menerusi program i-Saraan bagi membantu para atlet mencarum untuk simpanan di masa hadapan.

Menteri KBSS, Datuk Ellron Angin berkata, ini adalah satu langkah dan usaha untuk menjamin masa depan golongan atlet selepas mereka sudah bersara…

Jelas beliau, kolaborasi ini merupakan satu peluang untuk memperkenalkan program i-Saraan kepada atlet di negeri ini memandangkan ada dikalangan mereka yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan tetap untuk masa depan mereka.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini kerana ia amat bermanfaat khususnya untuk atlet sukan dan golongan belia di negeri ini,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat terbabit, satu jawatan kuasa akan diwujudkan di peringkat kementerian dan mesyuarat akan diadakan dengan wakil persatuan sukan di negeri ini untuk membincangkan keperluan caruman itu kepada atlet.

Sementara itu, Ketua Cawangan KWSP Sabah, Sabarudin @ Sabree Hassan yang mengetuai kunjungan itu berkata, melalui i-Saraan, ahli akan menerima dividen tahunan sehingga 15 peratus setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun.

“Pencarum turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian. Selain itu, amaun caruman sukarela maksimum RM60,000 setahun dan ahli boleh mencarum pada bila-bila masa,” katanya.