Jumlah Kes Harian COVID-19 Di Sabah Hari Ini Tidak Banyak Berubah | Sabah News

Jumlah Kes Harian COVID-19 Di Sabah Hari Ini Tidak Banyak Berubah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Masidi Manjun…

KOTA KINABALU: Jumlah 176 kes baharu di Sabah hari ini tidak banyak berubah dengan semalam, iaitu penurunan sebanyak 12 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pergerakan turun naik kes baharu di hampir semua daerah adalah pada jumlah yang kecil.

“Kecuali Tuaran, daerah-daerah yang berdekatan dengan ibu negeri mencatat pertambahan kes baharu yang marginal…

“Lima daerah mencatat kes baharu dua angka dan 20 daerah merekodkan kes jangkitan baharu di antara 1 hingga 7 kes.

“Daripada 20 daerah tersebut, jumlah jangkitan baharu di 14 daerah adalah kurang daripada 5 kes,” katanya sambil menambah tidak ada kes baharu di daerah Kunak dan Kalabakan.

Beliau turut berkata, jumlah jangkitan baharu yang semakin rendah dan terkawal disebabkan oleh peratusan jumlah penduduk yang lengkap pengambilan vaksin semakin tinggi.

“Walaupun jangkitan sporadik kekal tinggi, iaitu 67 peratus pada hari ini, tetapi jumlah jangkitan harian semakin terkawal kerana keberkesanan perlindungan vaksin serta tahap pematuhan yang baik dikalangan masyarakat keatas semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam rumusan harian kes.

Ini jelas dilihat dengan hanya empat (4) orang pesakit yang berada dalam Kategori 3 hari ini. Tiada pesakit baharu dalam Kategori 4 atau 5.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 40 (30)
Penampang 27 (23)
Papar 17 (13)
Putatan 12 (11)
Tuaran 10 (14)
Tenom 7 (4)
Tawau 7 (9)
Ranau 6 (4)
Keningau 6 (10)
Beaufort 6 (15)
Kota Marudu 5 (5)
Tambunan 4 (1)
Kuala Penyu 4 (3)
Sandakan 4 (8)
Tongod 3 (0)
Kota Belud 3 (8)
Semporna 2 (1)
Beluran 2 (2)
Telupid 2 (2)
Lahad Datu 2 (4)
Kinabatangan 2 (1)
Kudat 2 (7)
Nabawan 1 (0)
Sipitang 1 (8)
Pitas 1 (4)
Kunak 0 (1)
Kalabakan 0 (0)