Sikap Memotong Di Jalan Raya Punca Kepada Kematian Seorang Guru | Sabah News

Sikap Memotong Di Jalan Raya Punca Kepada Kematian Seorang Guru | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari kereta Perodua Kenari. – Foto Ihsan Bomba…

KINABATANGAN, SABAH – Kematian seorang guru berumur 31 tahun di Jalan Sandakan – Lahad Datu semalam disebabkan pemandu kereta pacuan empat roda Toyota Fortuner milik Pejabat Kesihatan Sandakan.

Mangsa, Nurul Izzah Fatinah Ismail, maut tersepit dalam kenderaan Perodua Kenari beliau berhampiran Kampung Perpaduan dalam insiden 3 petang itu manakala lelaki berumur 53 tahun yang merempuhnya hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, punca kejadian dipercayai apabila Toyota Fortuner cuba memotong kenderaan di hadapan lalu bertembung dengan Perodua Kenari yang berada tepat pada laluannya.

“Petembungan menyebabkan kedua-dua kenderaan masuk ke dalam semak di sebelah tepi kiri jalan…

“Akibat kejadian itu, pemandu Perodua Kenari telah mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Kinabatangan,” katanya kepada wartawan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk saringan ujian COVID-19 dan bedah siasat.

“Sampel darah kedua-dua mangsa terlibat telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu,” katanya.