Sah Rangka Manusia Yang Ditemui Di Australia Adalah Warga Malaysia – Polis | Sabah News

Sah Rangka Manusia Yang Ditemui Di Australia Adalah Warga Malaysia – Polis | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KUALA LUMPUR – Rangka manusia yang ditemukan dekat Bathurst, New South Wales, Australia pada Ahad lepas disahkan sebagai warga Malaysia yang dipercayai dibunuh lebih daripada setahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dipetik Bernama berkata, hasil semakan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 25 tahun dari Sarawak, yang memasuki Australia pada Nov 2016 menggunakan visa pelancong.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai ditawarkan menjadi pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay…

PDRM turut menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat berhubung kes itu.

Sebelum ini, media Australia melaporkan mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai “Jacky” Kai Wong Chong ditemukan pada pukul 3.30 petang 3 April lepas dan polis negara itu percaya lelaki itu dibunuh antara 25 Dis 2020 dan 8 Jan 2021.