Sabah Catat Sedikit Penurunan Kes Harian COVID-19 Hari Ini | Sabah News

Sabah Catat Sedikit Penurunan Kes Harian COVID-19 Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 188 KES, iaitu penurunan 10 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang iaitu masing-masing sebanyak 12 daerah.

“Tiga lagi daerah kekal sebagaimana catatan semalam…

“Perubahan angka di kebanyakan daerah adalah pada jumlah yang kecil kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu yang masing-masong mencatatkan penurunan 12 kes,” katanya dalam rumusan harian kes.

Walau bagaimanapun, peratusan jangkitan sporadik terus naik pada kadar hampir 62 peratus hari ini daripada 58 peratus semalam.

“Lebih separuh (14) daripada 27 daerah di Sabah mencatatkan jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama jangkitan baharu. Antaranya ialah Kota Kinabalu (83 peratus), Penampang (78 peratus) dan Beaufort (80 peratus)…

“Terdapat 7 daerah mencatatkan kes dua angka, 17 daerah mencatatkan kes satu angka sementara 3 daerah lagi iaitu Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang kes baharu pada hari ini,” tambahnya.

Hanya terdapat masing-masing dua (2) pesakit baharu dalam Kategori 3 dan 4 manakala satu (1) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 30 (42)
Penampang – 23 (29)
Beaufort – 15 (27)
Tuaran – 14 (10)
Papar – 13 (14)
Putatan – 11 (3)
Keningau – 10 (10)
Tawau – 9 (7)
Sandakan – 8 (13)
Sipitang – 8 (6)
Kota Belud – 8 (4)
Kudat – 7 (2)
Kota Marudu – 5 (3)
Lahad Datu – 4 (6)
Ranau – 4 (5)
Pitas – 4 (2)
Tenom – 4 (1)
Kuala Penyu – 3 (3)
Beluran – 2 (0)
Telupid – 2 (0)
Semporna – 1 (0)
Tambunan – 1 (4)
Kinabatangan – 1 (2)
Kunak – 1 (2)
Nabawan – 0 (2)
Tongod – 0 (1)
Kalabakan – 0 (0)