Penjawat Awam Sarawak Terima Bantuan Khas Raya, Gawai RM500 | Sabah News

Penjawat Awam Sarawak Terima Bantuan Khas Raya, Gawai RM500 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg…

KUCHING, SARAWAK – Penjawat awam semua gred  Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Dayak 2022 berjumlah RM500.

Menurut Pejabat Premier Sarawak, bantuan khas itu akan dibayar pada April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang.

“Pemberian ini adalah adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab serta menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran,” kata kenyataan Pejabat Premier.

Kerajaan juga berharap pemberian bantuan khas  itu dapat meringankan beban kewangan para pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Pada Selasa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi  Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam (Persekutuan) Gred 56 dan ke bawah.Penjawat awam Sarawak dapat bantuan khas Raya, Gawai RM500.