Lelaki Sanggup Telan Paku, Wayar Besi Elak Ditangkap Polis | Sabah News

Lelaki Sanggup Telan Paku, Wayar Besi Elak Ditangkap Polis | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

BENXI, CHINA Seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila menelan paku dan wayar besi sepanjang 15 sentimeter bagi mengelakkan daripada ditangkap polis di Benxi, wilayah Liaoning.

Tindakannya itu menyebabkan dia segera dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan, selain dikenakan hukuman lebih berat kerana menelan objek tersebut.

Memetik Global Times, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pencuri dilaporkan enggan untuk ke hospital bagi mengeluarkan objek yang ditelannya selepas ditangkap polis.

Namun selepas berkali-kali dipujuk, suspek akhirnya dibawa ke klinik kecemasan dan doktor juga memberi amaran kepadanya bahawa keadaannya sangat berbahaya, kerana besi dan paku yang panjang itu boleh mencucuk organ dalaman dan menyebabkan kecederaan yang mengancam nyawa.

Difahamkan, lelaki berkenaan kini dalam proses pemulihan dan berada dalam pengawasan polis.