IPD Kinabatangan Mengesan Suami Isteri Saksi Kes Bunuh | Sabah News

IPD Kinabatangan Mengesan Suami Isteri Saksi Kes Bunuh | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar saksi ihsan IPD Kinabatangan…

KOTA KINABALU: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan sedang mengesan dua saksi bagi perbicaraan satu kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan pada 11 sehingga 14 April ini.

Saksi tersebut adalah sepasangan suami isteri, Ana Farhana Binti Musa berusia 34 tahun serta suaminya Ismail Bin Santaro berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt Dzulbaharin Hj Ismail berkata, alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn.Bhd, Kinabatangan.

“Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama 4 hari…

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Razali Bin Basa di talian 089-561890 / 019- 6217357 atau pergi ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.