Jumlah Kes Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Kembali Meningkat | Sabah News

Jumlah Kes Jangkitan Harian COVID-19 Sabah Kembali Meningkat | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu kembali naik hari ini dengan 198 kes baharu iaitu 58 kes lebih tinggi daripada catatan semalam.

Jumlah daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka bertambah daripada 4 daerah kelmarin kepada 7 daerah hari ini.

Beberapa daerah mencatat pertambahan yang tinggi seperti Penampang (+17) kes, Beaufort (+23) dan Keningau (+10) setelah merekodkan sifar kes kelmarin.

Menurut jurucakap perkembangan harian kes COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun peratusan kes jangkitan sporadik juga naik kepada 58 peratus daripada 55 peratus kelmarin.

“Kita boleh simpulkan bahawa apabila peratusan jangkitan sporadik naik, ia berkemungkinan akan mengakibatkan pertambahan kes-kes baharu pada hari-hari yang seterusnya…

“Kita juga mengambil kira bahawa penarikan pelbagai sekatan keatas aktiviti sosial dan ekonomi mulai bulan ini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada jumlah kes yang bertambah untuk jangka masa singkat,” katanya.

Tiga (3) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 4 dan dua (2) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 42 (37)
Penampang – 29 (12)
Beaufort – 27 (4)
Papar – 14 (5)
Sandakan – 13 (5)
Keningau – 10 (0)
Tuaran – 10 (21)
Tawau – 7 (5)
Lahad Datu – 6 (2)
Sipitang – 6 (3)
Ranau – 5 (2)
Tambunan – 4 (5)
Kota Belud – 4 (3)
Kuala Penyu – 3 (9)
Kota Marudu – 3 (3)
Putatan – 3 (0)
Kinabatangan – 2 (0)
Kunak – 2 (1)
Nabawan – 2 (0)
Pitas – 2 (2)
Kudat – 2 (3)
Tenom – 1 (13)
Tongod – 1 (0)
Semporna – 0 (1)
Beluran – 0 (2)
Telupid – 0 (2)
Kalabakan – 0 (0)