Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan Di Lima Buah Negeri Termasuk Sabah | Sabah News

Cuaca Buruk Di Beberapa Kawasan Di Lima Buah Negeri Termasuk Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di lima negeri termasuk negeri Sabah pada pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, selain negeri Sabah, negeri lain yang terlibat adalah Kelantan, Pahang, Johor, dan Sarawak.

“Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas)…

“Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Johor di Mersing. Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis dan Miri),” kata Met Malaysia.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.