UMAT ISLAM TUNAI SOLAT TARAWIH DI TIMES SQUARE, NEW YORK BUAT PERTAMA KALI | Sabah News

UMAT ISLAM TUNAI SOLAT TARAWIH DI TIMES SQUARE, NEW YORK BUAT PERTAMA KALI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Tangkap layar video menunjukkan ratusan umat Islam menunaikan solat Tarawih di Times Square, New York…

NEW YORK, AS – Ratusan umat Islam berkumpul dan menunaikan solat Tarawih secara terbuka di Times Square di New York pada hari Sabtu baru-baru ini yang mana menandakan permulaan bulan suci Ramadan.

Buat pertama kali dalam sejarah, umat Islam menunaikan solat Tarawih di tempat ikonik di negara Amerika Syarikat.

Sementara itu, satu video yang tular menunjukkan ratusan umat Islam sedang menunaikan solat Terawih di bandar tersebut juga di kongsi di platform media sosial seperti Facebook.

Menurut pihak penganjur acara tersebut, umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat mahu menyambut Ramadan di tempat yang menjadi lambang bandar New York iaitu di tengah-tengah bandar tersebut untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa Islam adalah agama yang aman.

Katanya ramai yang salah faham tentang Islam.

“Kami mahu menjelaskan agama kami kepada semua yang tidak tahu tentangnya, bahawa Islam adalah agama keamanan.” tambahnya.