Penjaga Gol Maut Beraksi | Sabah News

Penjaga Gol Maut Beraksi | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pasukan keselamatan memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital…

PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berumur 57 tahun maut di Hospital selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain bola di Stadium Sukan sini kelmarin.

Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada 6.04 petang.

“Mangsa bernama Wallace Wong didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri…

“Beliau diberikan rawatan awal (bantuan pernafasan) oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Manakala Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata mangsa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth.

Menurutnya, berdasarkan percakapan saksi, mangsa dilihat rebah selepas melontar bola.

“Rakan-rakan pada lokasi kejadian mendapati mangsa masih bernadi…

“Walaubagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di bahagian kecemasan Hospital,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.