PBS Ranau terima kemasukan 736 ahli baharu | Sabah News

PBS Ranau terima kemasukan 736 ahli baharu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dr. Joachim (empat dari kanan) menerima borang keahlian baharu pada AGM kali ke-36 & 37 di Dewan Masyarakat Ranau, Sabtu lalu…

RANAU, SABAH – Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Joachim menyambut baik kemasukan seramai 736 ahli baharu bagi tiga Bahagian iaitu, Kundasang dan Paginatan dan Karanaan.

Menurutnya, PBS Karanaan juga akan membuka satu lagi cawangan baharu di Kampung Mininsalu, Ranau.

Beliau yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang mewakili Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-36 dan 37 pada Sabtu lalu.

“Tahniah buat 736 ahli baharu yang mendaftar sebagai ahli keluarga PBS,” katanya…

Dr. Joachim (dua dari kanan) menerima cek replika sumbangan berjumlah RM10,000.00 daripada Steven Ma (kiri)sambil disaksikan oleh Fadzil…

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan individu yang sudi memberikan sumbangan menjayakan AGM bagi tiga Bahagian ini.

Antaranya ialah Syarikat Faiz Trading, sebuah syarikat perusahaan kilang papan yang terletak di Kampung Lohan, Ranau yang diwakili oleh pengurus kilang, Amat Upa dan juga Syarikat Pemborong Sungai Emas, sebuah syarikat kontraktor yg terlibat dengan pembaikan cerun dan jalanraya, yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Steven Ma Chieh Su.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Khasnya, Fadzil John Anthony yang berusaha mendapatkan sumbangan ini