PBS Adalah Perjuangan Masyarakat, Bukan Individu Tertentu – Joachim | Sabah News

PBS Adalah Perjuangan Masyarakat, Bukan Individu Tertentu – Joachim | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dr. Joachim (tengah), John (dua dari kiri) bersama dengan ahli PBS lain melaungkan laungan bersatu, ketika memasuki Dewan Pagansakan, Inobong, Penampang, kelmarin…

PENAMPANG, SABAH – Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah sebuah parti perjuangan masyarakat dan bukanlah mengenai individu-individu tertentu, kata Timbalan Ketua Menteri yang juga Naib Presiden parti Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

“PBS adalah perjuangan untuk masyarakat. Kerana itu, kita perlu terus menambah keahlian parti termasuk dari kalangan belia dan beliawanis yang kini sudah boleh mengundi dan melibatkan diri dalam politik,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) N.26 Moyog di Dewan Pagansakan, Inobong, di sini kelmarin.

“Kita perlu memberikan mereka (belia dan beliawanis) pendedahan dengan cara-cara kepimpinan PBS” katanya…

Dr. Joachim juga berkata, walaupun PBS Moyog kecundang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dua tahun lalu, beliau gembira dan memuji daya tahan dan kental ahli-ahli PBS dengan kehadiran yang lebih ramai pada kali ini berbanding dengan AGM sebelumnya.

“Kita perlu lebih realistik,”ujarnya.

“Kita akan bekerja untuk rakyat, ‘we can do something for the people, instead of just politicking…

dan apabila politik negeri stabil, lebih banyak pelaburan-pelaburan dari dalam dan luar negara,” katanya.

Dr. Joachim juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagiannya, Jon C. Masabal kerana telah berjaya mengadakan AGM ke-36 dan 37.

Sementara itu, John Chryson Masabal dalam ucapan alu-aluannya memohon agar PBS akan terus menggunakan lambang Parti sendiri dan bendera PBS dikibarkan sebagai sebuah parti dalam komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang bertanding dalam PRU akan datang.

John juga menyeru segenap lapisan masyarakat untuk terus menyokong parti tempatan yang ada di negeri ini.