Mutasi Baharu Varian Omicron XE Mudah Tersebar | Sabah News

Mutasi Baharu Varian Omicron XE Mudah Tersebar | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

SWITZERLAND – Satu lagi mutasi baharu varian Omicron digelar XE telah dikesan dimana ianya dijangka lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19.

Amaran tersebut dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerusi satu laporan baharu.

Difahamkan, varian tersebut merupakan gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

“Mutasi yang baru dikenal pasti ini diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun kami masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengsahkan perkara ini,” kata agensi tersebut.

Buat masa ini, sub-varian Omicron, BA.2 menular di seluruh dunia dengan menjadi varian paling mudah berjangkit di kebanyakan negara.

“Varian XE (gabungan BA.2 dan BA.2) ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dan sejak itu, kurang 600 kes susulan dilaporkan,” ujarnya…

Tambah WHO, sehingga ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan dapat dikenal pasti dalam mutasi XE, ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada varian Omicron, , lapor akhbar Times of India.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Kesihatan Britain berkata, terdapat tiga mutasi gabungan yang kini menular di seluruh dunia iaitu XD, XE dan XF.

Bagi XD, ia merupakan hibrid bagi varian Delta dan sub-varian BA.1, yang telah dikesan di Perancis, Denmark dan Belgium.

Mutasi XE pula adalah hibrid bagi sub-varian BA.1 dan BA.2 yang ditemui di Britain, manakala mutasi XF merupakan satu lagi hibrid Delta dan BA.1.

Ia ditemui di Britain namun tidak pernah dikesan lagi sejak 15 Februari.