Mayat Orang Awam Bergelimpangan Di Jalanan Kota Ukraine Setelah Tentera Rusia Berundur | Sabah News

Mayat Orang Awam Bergelimpangan Di Jalanan Kota Ukraine Setelah Tentera Rusia Berundur | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

BUCHA, UKRAINE – Mayat orang awam bergelimpangan di jalanan dapat dilihat setelah tentera Ukraine mendakwa telah berjaya merampas semula semua kawasan di sekitar Kyiv.

Difahamkan, kira-kira 300 penduduk Ukraine telah terbunuh sepanjang pencerobohan oleh tentera Rusia.

Pegawai Ukraine berkata, tentera berjaya menguasai semula 30 bandar dan kampung di sekitar Kyiv, sekali gus berhasil mengawal kembali ibu negara buat pertama kali sejak Russia melancarkan serangan…

Di Bucha, bandar berhampiran Irpin kira-kira 37 kilometer dari barat laut ibu negara, mayat dapat dilihat bergelimpangan di atas jalan raya, dengan ada yang ditempatkan dalam kubur besar yang masih belum dikambus.

Selepas lebih lima minggu bertempur, tentera Russia yang mengancam Kyiv berundur dari bahagian utara untuk berkumpul dan berperang di timur Ukraine.

“‘Seluruh wilayah Kyiv bebas daripada penceroboh,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Malyar, menerusi status di Facebook, lapor Reuters. 

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, menerusi rakaman video, memberi amaran bahawa tentera Russia meletakkan bahan letupan di semua wilayah.

“Mereka menanam periuk api di wilayah, kediaman, peralatan, malah ke atas mayat,” katanya tanpa mengemukakan sebarang bukti…

Moscow bagaimanapun menafikan dakwaan menjadikan orang awam sebagai sasaran serta tuduhan jenayah perang.

Perkhidmatan kecemasan Ukraine memaklumkan, sebanyak 1,500 bahan letupan ditemui dalam sehari di sebuah kampung di Dmytrivka.