KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BAHARU MKN SABAH, SDO | Sabah News

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH BAHARU MKN SABAH, SDO | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan Encik Samsul Dollah semasa kunjungan itu…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat pengarah baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Haji Noor Alam Khan A.Wahid Khan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Noor Alam secara rasminya memulakan tugas baru di MKN pada 6 Mac 2022 lalu…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Encik Noor Alam Khan…

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tempat Noor Alam di SDO kini disandang oleh Samsul Dollah, yang turut mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji, hari ini.

Samsul yang berasal dari Tawau sebelum ini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).