Penggiat Filem Sabah Sokong Seruan Ketua Menteri Untuk Perbanyakkan Program Tempatan | Sabah News

Penggiat Filem Sabah Sokong Seruan Ketua Menteri Untuk Perbanyakkan Program Tempatan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dari kiri FILEMS president Datuk Deddy M.Borhan, PROFIT president Norsahar Ahmad, dan KKFVA president Katak Chua…

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan-persatuan perfileman dan kreatif Sabah menyambut baik seruan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, agar RTM memperbanyakkan program berkaitan Sabah.

Presiden Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Datuk Deddy M Borhan berkata, selama ini memang ada usaha yang dilakukan oleh penggiat-penggiat seni di Sabah agar diberikan ruang lebih besar untuk menampilkan karya mereka dalam stesyen RTM khususnya di siaran TV Okey tetapi hasil usaha tersebut akan berubah setiap kali apabila menteri bertanggungjawab bertukar.

Beliau berkata, dengan adanya perhatian daripada Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Haji Hajiji, diharapkan industri kreatif dan perfileman Sabah dapat terus berkembang selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya dalam keluarga Malaysia…

Presiden Persatuan Penerbit Filem dan Televisyen Sabah (PROFIT) Encik Norsahar Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana mendengar rintihan penggiat-penggiat seni Sabah.

Beliau berkata, Sabah mempunyai pelbagai khazanah peninggalan daripada pelbagai etnik di Sabah yang belum didokumentasikan yang semakin ditelan zaman.

Dengan adanya peluang atau tawaran dari RTM maka sudah tentu akan dapat menambahbaik pengisian terbitan kami.

Selaku Presiden PROFIT, beliau mencadangkan agar K-KOMM lebih tulus dan sudah tiba masa K-KOMM membuka tander pembekalan kandungan yang khusus untuk penerbit Sabah sahaja bagi menyahut seruan Ketua Menteri Hajiji.

Tambah beliau, pembekal-pembekal kandungan di Sabah kini semakin ramai serta mampu menghasilkan karya yang berkualiti yang bersesuaian dengan stesyen televisyen khususnya stesyen milik RTM.

Presiden Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA), Encik Katak Chua turut melahirkan rasa syukur dan terima kepada Ketua Menteri Sabah diatas ucapan sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah itu amat bertepatan dengan masa selaras dengan pembukaan sempadan untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar negara.

“Ahli-ahli kami dan pembekal-pembekal program TV di Sabah sudah bersedia untuk bersama-sama menyahut seruan Ketua Menteri untuk membekalkan program berkualiti dan berinformasi untuk memperkenalkan kecantikkan alam fauna serta kebudayaan etnik untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar Sabah sekiranya diberikan lebih banyak peluang oleh stesyen penyiar tempatan seperti RTM…

“Kerancakkan penggambaran di Sabah akan dapat membantu penggiat-penggiat seni dibelakang tabir untuk menjana pendapatan dan juga ekonomi setempat seperti pembekal makanan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi akan turut mendapat faedah,” katanya.

Persatuan perfileman dan kreatif di Sabah turut memberi respon positif apabila diminta mengulas ucapan Hajiji sempena Sambutan Hari RTM ke-76 Peringkat Negeri Sabah di lobi Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Komm), Jumaat lepas.

Teks ucapan Hajiji telah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II selaku Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan.