Pemimpin Parti Perlu Bersatu Dewasakan Pengundi 18 Tahun – Joachim | Sabah News

Pemimpin Parti Perlu Bersatu Dewasakan Pengundi 18 Tahun – Joachim | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dr. Joachim (tiga dari kiri) dalam AGM PBS ke-36 dan 37 kelmarin…

RANAU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, menyeru semua pemimpin parti agar bersabar setia dan bersatu hati.

“Selain itu, seorang pemimpin juga harus memiliki pendirian teguh, yang tidak ‘lompat’ parti,” tegasnya…

Beliau yang juga Naib Presiden PBS menyarankan semua ahli parti meneruskan perjuangan parti yang sinonim sebagai parti tertua, yang berbilang kaum dan agama.

Joachim turut menekankan kepada semua kepimpinan untuk mendewasakan belia dan beliawanis di kalangan pengundi muda yang berumur 18 tahun dan ke atas.

“Golongan ini (belia dan beliawanis) perlu dibentuk dan dilatih.

Dr. Joachim (kiri) ketika masuk ke dalam Dewan Masyarakat Ranau, kelmarin….

“Ini adalah penting kerana mereka inilah yang akan menjadi pentadbir parti pada masa akan datang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu.

Dr. Joachim berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS yang ke-36 dan 37 bagi tiga bahagian iaitu, Kundasang, Paginatan dan Karanaan di Dewan Masyarakat Ranau di sini kelmarin.

Selain itu, beliau juga mengingatkan semua ahli agar memperkukuhkan dan memantapkan pentadbiran di peringkat bahagian dan cawangan.

Menyentuh tentang Pilihan Raya Umum ke-15, Dr. Joachim berkata PBS berharap dapat diberikan peluang untuk kembali bertanding di Parlimen Ranau, tetapi pada masa yang sama parti akan akur dengan keputusan di peringkat atasan.

Katanya, PBS percaya, menghormati dan akan bekerjasama dengan parti sekutu terutamanya komponen Kerajaan GRS-BN.

Dr. Joachim turut mengucapkan tahniah kepada semua yang menang pemilihan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) di peringkat bahagian dan berharap barisan baharu ini akan lebih komited dalam menggalas tugas masing-masing dan berupaya menarik lebih ramai ahli menyertai parti.