Ibu Ditemukan Dua Anak Hilang Pada Hari Pertama Puasa | Sabah News

Ibu Ditemukan Dua Anak Hilang Pada Hari Pertama Puasa | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ibu kepada kedua-dua mangsa menjemput mereka dengan tangisan gembira setelah mereka dilaporkan hilang di perairan Semarang semasa keluar menangkap ikan pada Sabtu. – Gambar ihsan Maritim Malaysia…

LABUAN, SABAH – Seorang ibu mengeluarkan tangisan gembira ketika ditemukan dengan dua anak lelaki beliau yang dilaporkan hilang di perairan Semarang sini ketika keluar memancing sejak Sabtu, pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Labuan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima maklumat berhubung bot pancing gentian kaca (fiberglass) yang dinaiki oleh dua adik beradik terbabit.

Mangsa, Muhammad Nuhidayat Jafari, 18, dan abangnya Muhammad Nabil Jafari, 22, mengalami kerosakan dan bersauh untuk membaiki enjin tersebut namun tidak berjaya…

Perhubungan Awam Maritim Malaysia Labuan berkata, kedua mangsa seterusnya meminta bantuan kepada bot nelayan yang kebetulan sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

“Pada jam lebih kurang 8.40 pagi, mangsa telah menghubungi waris (Ibu) bahawa mereka berada dalam keadaan selamat dan sedang dibantu oleh sebuah bot nelayan tempatan.

“Bot Peronda Zon Maritim Labuan (Bot KILAT23) yang didalam operasi pencarian telah diaturgerak ke lokasi untuk mengambil mangsa,” katanya.

Kedua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulans untuk rawatan lanjut sebaik sahaja disambut dalam dakapan ibu yang sedang menunggu di daratan.

“Untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin, komuniti maritim dinasihatkan untuk sentiasa memberitahu waris terdekat dimana lokasi yang dituju, dan sentiasa memeriksa keadaan bot sebelum berlayar.

“Ramalan cuaca juga penting untuk mengelak daripada sebarang keadaan cuaca buruk,” tambahnya.