Golongan Muda Malaysia Lebih Gemar Bercakap Bahasa Indonesia | Sabah News

Golongan Muda Malaysia Lebih Gemar Bercakap Bahasa Indonesia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Sebilangan netizen berpendapat perkara itu berlaku disebabkan oleh pengaruh YouTube, TikTok dan sinetron dari negara seberang itu…

JAKARTA, INDONESIA – Tular di media sosial Indonesia di mana kanak-kanak dan remaja Malaysia dikatakan lebih gemar bercakap menggunakan bahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu.

Menurut ciapan seorang pengguna Twitter, iaitu @Hanif_AF mendakwa golongan muda di Malaysia lebih gemar dan tertarik menggunakan bahasa Indonesia.

“Fakta menariknya adalah kini lebih ramai anak muda Malaysia menggunakan bahasa Indonesia berbanding pemuda Indonesia bercakap menggunakan bahasa Melayu,” demikian menurut hantaran tersebut.

Pengguna tersebut turut berkongsikan beberapa tangkap layar hantaran di Facebook yang didakwa menyokong kenyataannya.

“Jangan hairan kalau anak-anak sekarang 10 tahun lagi semua pakai bahasa Indonesia. Orang luar datang Sabah ingatkan salah naik pesawat pergi Jakarta…

“Anak buah saya sebut ketam sebagai ‘kepiting’. Bawa pergi ke kedai pun dia sebut ‘mari ke toko’,” kata seorang pengguna.

Selain itu, seorang wanita berstatus janda bernama Claudia memberitahu bahawa gara-gara sering menonton kandungan YouTube dari Indonesia, anaknya meminta dia mencari suami dari negara itu.

Dalam pada itu, sebilangan netizen berpendapat perkara itu berlaku disebabkan oleh pengaruh YouTube, TikTok dan sinetron dari negara seberang itu.