Bazar Ramadan Oceanus Yang Terbaharu Di Bawah Penyeliaan DBKK | Sabah News

Bazar Ramadan Oceanus Yang Terbaharu Di Bawah Penyeliaan DBKK | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 16 Bazar Ramadan dibawah penyeliaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dibuka hari ini bermula jam 2 petang sehingga 7 malam.

Yang terbaharu adalah tapak di kawasan ‘Boardwalk’ belakang Marriot Hotel di pusat beli belah Oceanus.

Bazar Ramadan Lintasan Deasoka (Jalan Gaya), Indah Permai, Sembulan, Pekan Tanjung Aru, Pasar Malam Inanam, Inanam Point, Manggatal, Kingfisher, University Apartment, Wisma Merdeka, Asia City, Taman Putera Jaya, Metro Town, Wawasan Plaza dan Bataras Kolombong turut kembali beroperasi sehingga 2 Mei nanti.

Mayor Bandaraya, Datuk Noorliza Awang Alip ketika ditemui pada program Love KK kelmarin berkata pengendali gerai akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada. Ini termasuk penjarakan antara gerai-gerai terlibat.

“Sehubungan itu, kawasan tempat letak kerata Jalan Gaya, Bataras Indah Permai, Pekan Tanjung Aru (berhadapan Daily Express), Sembulan dan Pasar Malam Manggatal dan Kingfisher akan ditutup sementara dari jam 1 petang sehingga 7.30 malam bermula hari ini sehingga 2 Mei sempena pelaksanaan Bazar Ramadan ini.

“Orang ramai diminta menggunakan jalan alternatif lain bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada kawasan yang terlibat…

“Sebarang pelanggaran SOP oleh penganjur dan pengunjung bazar boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.