6,129 Kanak-Kanak Telah Terima Dua Dosk Vaksin COVID-19 | Sabah News

6,129 Kanak-Kanak Telah Terima Dua Dosk Vaksin COVID-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Gambar Hiasan…

KUALA LUMPUR – Seramai 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, setakat kelmarin.

Pemberian vaksin itu menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Menurut laman web CovidNow, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus daripada populasi kanak-kanak, telahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu or 97.6 peratus daripada populasi dewasa telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 or 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.