Treler Terbabas, Muatan Gam Kayu Mencemari Sungai Ulu Bariawa Sehingga Pagalan | Sabah News

Treler Terbabas, Muatan Gam Kayu Mencemari Sungai Ulu Bariawa Sehingga Pagalan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Muatan Gam Kayu Mencemari Sungai Ulu Bariawa Sehingga Pagalan…

KENINGAU, SABAH – Muatan gam kayu tertumpah daripada sebuah lori yang terbabas di bahu jalan berhampiran Kampung Beriawa, Jalan Kimanis, semalam, ‘meracuni’ air Sungai Ulu Bariawa sehingga Pagalan sini.

Difahamkan lori treler 10 tan jenis Shacman yang menuju ke Kilang Plywood Kosinar di Sook adalah milik Syarikat Topper Sdn Bhd.

Walaubagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan hari ini berkata pemandu, seorang lelaki bernama Abjad Baharudin, 31, berada dalam keadaan selamat ekoran kejadian 11.40 malam itu.

Keadaan lori yang terbabas…

Lori terbabit dilaporkan hilang kawalan ketika sedang menuruni bukit lalu terbabas ke bahu kiri sebelum terlanggar tebing menghampiri simpang Jalan Bariawa.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim menasihati orang ramai yang berada di sepanjang sungai tersebut supaya tidak menggunakan atau melakukan apa-apa aktiviti dengan keadaan air yang tercemar itu.

“Pasukan dari Jabatan Kesihatan Keningau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melawat tempat kejadian dan mengambil sampel air sungai untuk ujian…

“Laporan lanjut akn diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Sementara itu, Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson berkata kampung-kampung yang terlibat adalah Bariawa Ulu, Bariawa Tengah, Bariawa Laut, Lingkudou, Durok, Masak, Ansip dan kampung-kampung yang terletak di sepanjang sungai yg disebutkan.

“Tumpahan kimia tersebut mengangandungi bahan ‘Phenol Formaldehyde Resin’ yang dikategorikan sebagai toksik dan merbahaya kepada pengguna air sepanjang sungai yg tercemar.

“Jika sekiranya terdapat penduduk yang mengalami masalah kesihatan akibat penggunaan air dari sungai tersebut diminta segera ke hospital atau klinik perubatan berdekatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyeru penduduk untuk memaklumkan saudara mara dan rakan-rakan yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan untuk menghindari penggunaan air sungai.